semalam rasa boring sangat-sangat..tak tahu nak buat apa..memandangkan mesin jahit jatuh sakit dan terpaksa menerima rawatan, saya akhirnya buat keputusan untuk berehat..tetapi tak bolehlah nak duduk saja..teramatlah boring..lalu saya pun terpanggil oleh suara halus untuk melihat kotak manik yang dok dalam laci tu..saya pun buka laci tersebut dan mendapati..manik-manik itu tersangatlah berkilau-kilau lalu..apa lagi..saya pun mencapai baju kurung yang baru dijahit oleh mak..warna biru..nak pakai masa hari pertunangan pak su kat kampung...lalu dijahitkan manik diatasnya..emm..tak sampai malam pun..akhirnya saya berjaya siapkan jahitan manik diatas baju biru tersebut..tak sedar pun masa berlalu..hilang bosan.
jadi..apakah perkara yang akan saya lakukan untuk esok hari..emmm..If you can DREAM it, you can DO it..ok..jumpa lagi..










Hai..assalamualaikum..salam antarabangsa..heehehhe..salam 1 Malaysia...gambar ni adalah baju pertama yang saya jahit manik. Nama jahitan manik ini adalah jahitan manik terabur..nampak tak betapa teraburnya manik-manik tersebut..lagi banyak teraburnya..lagi cantik..emm..kos manik-manik ni cuma RM 4.50 x 7 = kira sendiri..saya cuma jahit dibahagian lengan sahaja..boleh tahanlah..harga manik-manik nih..tapi ada lagi suku baki manik yang tidak digunakan..maklumlah baju kurung ni saya pakai semasa Majlis Konvokesyen tahun 2009 bersempena pengiktirafkan kelulusan saya sebagai pemegang ijazah pendidikan dgn kepujian...ceh..nak bagitahu juga nie..menyampah aku..hihihiihi..Anyway...inilah hasil selama seminggu menjahit bersusah payah..dah akhirnya...jadi juga jahitan manik terabur ni..kalau upah kat org lain..mahal beb..mencecah ke RM45 hinggit..nasib baik tangan saya ni ada seninya..hehhhehehe..( puji diri sendiri..tak malu betul... )



